SEKOLAH AGAMA KEM MAHKOTA

SEKOLAH AGAMA KEM MAHKOTA

Wednesday, July 28, 2010

1. NAMA SEKOLAH : SEKOLAH AGAMA KEM MAHKOTA.

2. ALAMAT SEKOLAH : 50. JALAN KITCHENER LINE, KEM MAHKOTA,
86000, KLUANG. JOHOR DARUL TA’ZIM.

3. STATUS SEKOLAH : SENDIRI (KEMENTERIAN PERTAHANAN).

4. GRED SEKOLAH : C.

5. NAMA GURU BESAR : HJ. MOHD JAMAL BIN MUSLAM.

6. JUMLAH GURU : 11 ORANG.

7. JUMLAH PELAJAR : 400 ORANG.

8. SESI : SESI PAGI DAN SESI PETANG.

Tuesday, July 27, 2010

VISI SEKOLAH


Visi

Membentuk Generasi Yang Sempurna Di Dunia Dan Di Akhirat

Misi
Berusaha mengembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu.
Mewujudkan insaniah yang seimbang dari segi jasmani, emosi, intelek dan sosial.
Ke arah melengkapkan diri serta bertanggungjawab sebagai hamba dan khalifah ALLAH yang amanah dan bertaqwa.

SEJARAH SEKOLAH AGAMA KEM MAHKOTA

Pada awal penubuhannya iaitu pada tahun 1985, sekolah ini diletakkan dibawah pentadbiran Briged Kem Mahkota. Tenaga pengajarnya adalah terdiri daripada kalangan guru-guru Agama Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) yang diketuai oleh Pegawai Waran 11 iaitu Ustazah Salamah. Pelajar-pelajarnya terdiri daripada anak-anak tentera.
Pada tahun 1987 pihak Pejabat Pendidikan Agama Daerah Kluang telah mengarahkan Usatz Salleh Bin Hussin sebagai Guru Besar dalam menerajui hala tuju Sekolah Agama ini.
Pada Tahun 1988 seluruh pentadbiran Sekolah Agama ini telah diletakkan dibawah seliaan Pejabat Pendidikan Agama Daerah Kluang dan tenaga pengajar sepenuhnya dari Jabatan Agama Johor.
Pada tahun 1988 sekolah ini telah dibuka pendaftarannya kepada kawasan yang berhampiran dan bukan khusus untuk anak-anak tentera sahaja.
Untuk merealisasikan pentadbiran agar dapat berjalan dengan lancar, beberapa orang guru telah terpilih untuk memikul tanggungjawab dan amanah sebagai pendidik. Ustaz Salleh Bin Hussin beserta empat orang lagi tenaga pengajar yang turut terpilih iaitu :
1. Ustaz Sujak Bin Baharudin
2. Ustaz Jamil Bin Selamat
3. Ustaz Mastuki Bin Kasiran
4. Ustaz Ngadiron Bin Ahmad
Pada peringkat awal hanya satu sesi persekolahan sahaja telah dijalankan iaitu sesi petang dengan jumlah pelajarnya hanya seramai 100 orang. Berdasarkan bilangan pelajar tersebut, hanya terdapat 3 kelas sahaja iaitu Darjah 1, 2 dan 3.
Tahun berganti tahun sehingga kini sekolah ini mampu bertahan selama 20 tahun dan sekolah ini telah bertukar wajah dari masa kesemasa.
Alhamdulillah sekolah ini telah mendapat sokongan sepenuhnya dari pihak Kem mahkota dalam pelbagai kemudahan seperti kemudahan tenaga elektrik, telefon, pembersihan kawasan, baik pulih kerosakan secara percuma.

• Surau :
• Pihak kem telah menyediakan bilik solat bagi memudahkan pelajar-pelajar melaksanakan solat dan aktiviti-aktiviti keagamaan.
• Dataran Kejat :
• Pihak sekolah telah menyediakan tempat perhimpunan pelajar-pelajar bagi mengadakan perhimpunan mingguan.
• Dewan Serbaguna :
• Pihak kem telah menyediakan sebuah dewan serbaguna untuk mengadakan sesuatu program dan aktiviti.
• Pusat Sumber :
• Pihak sekolah telah berjaya menaik taraf pusat sumber sekolah dan telah beroperasi sepenuhnya pada tahun 2010 ini.